Assalamualaikum & salam sejahtera,
Kepada pihak media yang berkenaan,
Pada 24 April 2006, pada jam 9.50 malam saya telah di saman oleh polis dari bahagian unit polis pelancong di jalan Raja Chulan, yang di ketuai oleh Sarjan Rawinder Singh PJK. Saya di saman di atas kesalahan memasuki lorong bas.
Saya merasa sungguh marah, kerana setahu saya pihak DBKL telah lama megazetkan atau mewartakan bahawasanya semua lorong bas di sekitar Kuala Lumpur tidak boleh di lalui dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam. TETAPI selepas jam 8.00 malam, lorong bas tersebut boleh di lalui oleh sebarang kenderaan awam. Apakah pihak polis tidak mengetahui perkara ini? Padahal pihak DBKL semestinya telah pun mengeluarkan pekeliling mengenai perkara ini kepada pihak Polis Kuala Lumpur.
Namun pihak polis tetap juga mengeluarkan saman tersebut. Lantaran tidak berpuas hati dengan saman tersebut, saya telah menghubungi Puan Asiah Ramli dari bahagian Undang-undang DBKL di tingkat 22. Beliau memaklumkan bahawa memang telah lama pihak DBKL mengazetkan bahawasanya lorong bas boleh di lalui oleh sebarang kenderaan awam selepas jam 8.00 malam. Malah puan Asiah juga turut memberikan salinan tentang akta Road Transport Rules.
Saya merasakan saya perlu memaklumkan kepada pihak media kerana saya rasa ramai orang terutamanya mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur yang telah di saman oleh pihak Polis atas kesalahan yang sama, padahal itu bukan kesalahan mereka.
Berikut ialah salinan-salinan perkara ini:
2. Salinan Road Transport Rules yang diberi oleh Puan Asiah dari DBKL kepada saya
4. Screen shot (cekupan) yang di ambil dari laman web DBKL yang jelas menyatakan bahawa lorong bas tidak boleh di lalui dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam. Cekupan ini boleh di lihat di URL berikut - http://www.dbkl.gov.my/_komuniti/makluman_orang_ramai.php?mrid=252&page=7&btm=60&tahun=2005
7. Gambar lokasi di mana saya di saman pada malam tersebut pada jam 9.50 malam
regards,
Azlan Arshad
0133440449
note: jgn publish nombor telefon saya. Thx